Webinar Berkala Sains Edisi 2 – Daya & Gerakan
11 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2026, telah berlangsung Webinar Berkala Sains bertajuk Daya dan Gerakan secara dalam talian yang berlangsung di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini memfokuskan kepada topik daya dan gerakan yang merangkumi definisi daya, jenis-jenis daya, serta hubung kait antara daya, jisim dan pecutan dalam pergerakan objek. Penceramah turut menghuraikan hukum gerakan Newton dengan penerangan yang sistematik serta disokong oleh contoh-contoh situasi harian bagi memudahkan peserta memahami konsep yang dibincangkan.
Penyampaian yang jelas serta penggunaan ilustrasi dan penerangan berperingkat membantu peserta menguasai topik yang sering dianggap mencabar dalam subjek sains. Penganjuran webinar ini diharap dapat memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada peserta tentang aplikasi konsep daya dan gerakan dalam kehidupan seharian, di samping menyemai minat terhadap sains dan pembelajaran secara digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: